It's all about you..

Apa2 pun boleh sembang janji tidak melibatkan isu-isu sensitif...
 
CalendarHomePortalFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Resepi kek pisang

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
azma0601



Posts : 15
Reputation : 0
Join date : 2009-05-05
Age : 35
Location : Cheras

PostSubject: Resepi kek pisang   Fri Jan 04, 2013 10:10 am

6-7 biji pisang masak - tak kira lee pisang aper pun janji pisang masak

1 cawan gula halus

2 st baking powder

2 cawan tepung gandum ajee

1 cawan minyak masak ajee 1 cawan susu cair ajee

1 st esen banana or esen vanilla tau....


caranya - lenyek kan pisang tadi hingga hancur kalau malas blender ajee -

satukan minyak , susu cair,esen banana dan gula - gaul sebati [whisk ajee]

- masukkan tepung + b/powder - gaul sebati

- akhir sekali masukkan pisang dan gaul sebati jugak

- masuk dlm loyang dan bakar dlm suhu 180 = 30 minit [ikut oven masing2 ya]

- kalau suka leh hias atas kek tu sebelum bakar letak lee walnut or sebarang kekacang or tak letak pun tak aper ...


note : sungguh mudah dan cepat membuatnya hasilnya anda akan dpt kek yang gebus dan sedapppppppp baunya harummmm tak caya buat lee ya ,yang nie tak perlu order buat sendiri lee ya...


http://merpati66.blogspot.com/2009/01/kek-pisang-mudah.html
Back to top Go down
View user profile http://pmbshoppe.blogspot.com/
azma0601



Posts : 15
Reputation : 0
Join date : 2009-05-05
Age : 35
Location : Cheras

PostSubject: Apam Pisang Tanpa Telur & Minyak   Fri Jan 04, 2013 10:12 am

Resipi dari Fida MyResipi

Bahan-bahan :
1 cawan pisang lecek (guna pisang berangan)
1 cawan gula perang / gula halus - (guna gula perang 3/4 cawan tu pun dah manis)
2 cawan tepung naik sendiri - diayak (kurangkan 1 susu besar)
1 susu besar serbuk koko - diayak (tambah agar nampak coklat sikit)
1 1/2 sudu kecil bicarbonate soda - diayak
4 sudu besar susu segar - Mas tambah lagi 3 sudu besar air sebab adunan nampak agak pekat (jadikan 7 sudu besar susu segar)
1 sudu kecil esen pisang - boleh juga digantikan denagnesen vanila

Cara-cara :
1. Tepung naik sendiri dan bicarbonate soda diayak bersama.
2. Pisang lecek, gula halus @ gula perang, esen pisang @ esen vanila dan susu dikacau rata @ sebati.
3. Masukkan bahan2 ayak tadi dan kacau hingga sebati.
4. Tuang adunan dalam acuan kecil atau loyang yang digris dan dipanaskan dahulu dan kukus hingga masak. Mas menngunakan acuan lompang dan kukus selama 15 minit. Kalau guna loyang, kukus selama 1/2 jam.
5. Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dikukus jika suka.
Back to top Go down
View user profile http://pmbshoppe.blogspot.com/
azma0601



Posts : 15
Reputation : 0
Join date : 2009-05-05
Age : 35
Location : Cheras

PostSubject: Re: Resepi kek pisang   Fri Jan 04, 2013 12:44 pm

Bahan bahan
3 cawan pisang yang di lenyek
3/4 cawan gula kastor
1/2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikabonat
3/4 cawan minyak ( pakai minyak jagung)
secubit garam

Cara menyediakannya
1. Dalam satu bekas masukkan gula dan pisang. Kacau rata.
2. Ayak tepung gandum, tepung beras dan soda bikabonat.
3. Campur kesemua tepung kedalam bekas pisang dan gula.
4. Kacau sebati bersama secubit garam.
5. Masukkan minyak dan kacau perlahan lahan sehingga sebati semua adunan tadi.
6. Bakar dengan suhu 170*c selama 15 minit jika menggunakan paper cup. Dan 30 minit jika acuan besar.
Back to top Go down
View user profile http://pmbshoppe.blogspot.com/
Sponsored content




PostSubject: Re: Resepi kek pisang   Today at 4:18 am

Back to top Go down
 
Resepi kek pisang
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
It's all about you.. :: :: Topik yang sedang dibincangkan ::-
Jump to: